Sunday, 16 December 2012

SEJARAH RINGKAS SK. BONGKOL PITAS


Sekolah Kebangsaan Bongkol Pitas atau nama ringkasnya SK Bongkol Pitas, merupakan sebuah Sekolah kebangsaan yang terletak di pedalaman daerah Pitas iaitu dalam kawasan penempatan penghutanan semula SAFODA.
98% pelajar adalah dari suku kaum Rungus. SK dan SMK berkongsi tempat yang sama. Struktur bangunan dibuat daripada kayu. Dua makmal komputer sedang dalam pembinaan. SMK Bongkol sebenarnya sudah mendapat peruntukan pembinaan bangunan baru tetapi dipindahkan ke SMK Telaga Pitas, 17KM dari tempat ini kerana tiada tapak.
            Pada 2009, Sekolah Kebangsaan Bongkol Pitas memiliki 159 pelajar lelaki dan 143 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 302 orang. Ia mempunyai seramai 25 orang guru.

0 comments: